Tempahan
1. Tempahan adalah berdasarkan
konsep “siapa cepat dia dapat” (first come first serve basis) dan hanya
disahkan apabila deposit komitmen telah dibayar oleh tetamu.
2. Tetamu perlu membayar deposit
komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit
Malaysia : Lima Puluh sahaja) sehari atau mengikut hari
sewaan sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut merupakan sebahagian
daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki jumlah sewaan sahaja
sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5) hari
sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.
3. Segala urusan pembayaran sewaan sama ada deposit komitmen atau
baki sewaan adalah secara tunai.
4. Tetamu yang telah membuat
pengesahan tempahan dibenarkan untuk mengubah tarikh atau tempoh penginapan
tanpa caj dengan persetujuan pihak Myza Homestay bergantung kepada
kekosongan (availability).
5. Pembatalan terhadap tempahan
yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tujuh
(7) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan
sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang
dibuat pada jangkamasa yang lebih pendek.
Terma dan syarat
Bagi
memastikan keselesaan para tetamu dan membekalkan panduan kepada urusan
perniagaan di antara MYZA Homestay dan tetamu maka terma dan syarat berikut
adalah terpakai kepada para tetamu sepanjang proses tempahan dan penginapan di MYZA
Homestay :
1. Penginapan MYZA Homestay hanya
dibuka kepada tetamu beragama ISLAM sahaja sama ada individu, pasangan,
kumpulan atau keluarga. Tetamu yang bukan mahram yang menyewa secara
berkumpulan perlu terdiri daripada sejantina sahaja.
2. MYZA Homestay bermaksud keseluruhan
rumah dan kemudahan yang terdapat di dalamnya.
3. Segala urusniaga adalah dalam mata wang rasmi Negara Malaysia (Ringgit Malaysia).
4. Terma dan syarat ini adalah
sebagai panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara
baik dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
5. Pembatalan terhadap tempahan
yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tujuh
(7) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan
sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang
dibuat pada jangkamasa yang lebih pendek.
PENGGUNAAN
1. Waktu check-in ialah pada jam 2 petang dan ke atas sementara waktu
check-out ialah selewat-lewatnya pada jam 12 tengahari. Check-in awal dan
check-out lewat adalah dibenarkan bergantung kepada kebolehsediaan dan
persetujuan Myza Homestay.
2. Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan peliharaan ke dalam Myza Homestay.
3. Tetamu dibenarkan memasak menggunakan hanya peralatan yang telah
disediakan.
4. Tetamu dilarang melakukan pengubahsuaian terhadap punca dan
peralatan elektrik, bekalan air serta susun-atur perabot.
5. Tetamu dilarang sama-sekali
melakukan aktiviti yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam serta
membawa makanan/minuman yang haram di sisi Islam.
6. Myza Homestay berhak untuk mengenakan
bayaran gantirugi bagi setiap kerosakan yang disebabkan oleh tetamu mengikut
kadar yang telah ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
7. Myza Homestay berhak untuk tidak
membenarkan tetamu daripada terus menginap sekiranya tetamu telah melanggar
mana-mana peraturan setempat atau terdapat aduan munasabah daripada jiran-jiran
tentang salah laku tetamu.
8. Perkhidmatan bilik (Room service) tidak disediakan.
9. Myza Homestay tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang
kemalangan, kerugian atau sebarang perkara musibah yang
timbul terhadap para tetamu di atas kecuaian tetamu sendiri atau kerana
disebabkan perkara yang di luar kawalan Myza Homestay.
10. Terma dan syarat ini adalah
sebagai panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara
baik dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5)
hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.