Powered By Blogger

Thursday 17 September 2015

Tempahan


1.    Tempahan adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat” (first come first serve basis) dan hanya disahkan apabila deposit komitmen telah dibayar oleh tetamu.

2.    Tetamu perlu membayar deposit komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit
Malaysia : Lima Puluh sahaja) sehari atau mengikut hari sewaan sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut merupakan sebahagian daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki jumlah sewaan sahaja sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.

3.    Segala urusan pembayaran sewaan sama ada deposit komitmen atau baki sewaan adalah secara tunai. 
4.    Tetamu yang telah membuat pengesahan tempahan dibenarkan untuk mengubah tarikh atau tempoh penginapan tanpa caj dengan persetujuan pihak Myza Homestay bergantung kepada kekosongan (availability). 


5.    Pembatalan terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang dibuat pada jangkamasa yang lebih pendek.





Terma dan syarat

Bagi memastikan keselesaan para tetamu dan membekalkan panduan kepada urusan perniagaan di antara MYZA Homestay dan tetamu maka terma dan syarat berikut adalah terpakai kepada para tetamu sepanjang proses tempahan dan penginapan di MYZA Homestay :



1.    Penginapan MYZA Homestay hanya dibuka kepada tetamu beragama ISLAM sahaja sama ada individu, pasangan, kumpulan atau keluarga. Tetamu yang bukan mahram yang menyewa secara berkumpulan perlu terdiri daripada sejantina sahaja.

2.    MYZA Homestay bermaksud keseluruhan rumah dan kemudahan yang terdapat di dalamnya.

3.    Segala urusniaga adalah dalam mata wang rasmi Negara Malaysia (Ringgit Malaysia).

4.    Terma dan syarat ini adalah sebagai panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara baik dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.

5.    Pembatalan terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang dibuat pada jangkamasa yang lebih pendek.


PENGGUNAAN

1.    Waktu check-in ialah pada jam 2 petang dan ke atas sementara waktu check-out ialah selewat-lewatnya pada jam 12 tengahari. Check-in awal dan check-out lewat adalah dibenarkan bergantung kepada kebolehsediaan dan persetujuan Myza Homestay.

2.    Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan peliharaan ke dalam Myza Homestay.


3.    Tetamu dibenarkan memasak menggunakan hanya peralatan yang telah disediakan.
4.    Tetamu dilarang melakukan pengubahsuaian terhadap punca dan peralatan elektrik, bekalan air serta susun-atur perabot.
5.    Tetamu dilarang sama-sekali melakukan aktiviti yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam serta membawa makanan/minuman yang haram di sisi Islam.


6.   Myza Homestay berhak untuk mengenakan bayaran gantirugi bagi setiap kerosakan yang disebabkan oleh tetamu mengikut kadar yang telah ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.


7.   Myza Homestay berhak untuk tidak membenarkan tetamu daripada terus menginap sekiranya tetamu telah melanggar mana-mana peraturan setempat atau terdapat aduan munasabah daripada jiran-jiran tentang salah laku tetamu.


8.    Perkhidmatan bilik (Room service) tidak disediakan. 
9.   Myza Homestay tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kemalangan, kerugian atau sebarang perkara musibah yang timbul terhadap para tetamu di atas kecuaian tetamu sendiri atau kerana disebabkan perkara yang di luar kawalan Myza Homestay.

10.     Terma dan syarat ini adalah sebagai panduan am. Sebarang kemusykilan yang timbul akan diselesaikan secara baik dengan asas persaudaraan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.





Cari Homestay Tg.MalimCari Homestay Tg.Malim

Monday 7 September 2015

Myza Homestay Tg. Malim


Homestay untuk Muslim di Kota Malim Prima Tg. Malim Perak...


MYZA HOMESTAY KOTA MALIM

Homestay / Guesthouse di Kota Malim Prima
Rumah teres setingkat, 3 Bilik , 2 Bilik air – Sewa harian/ Jangka pendek

Kemudahan:
- TV
- Astro (percuma)
- 3 bilik tidur
-bilik tidur utama - beraircond
- Selimut, katil, bantal, cermin. (sarung bantal dan sarung tilam ditukar setiap penginapan)
- 2 bilik air (sabun dan peralatan mandi disediakan)
- Peti sejuk
- Pemanas air
- Parking berbumbung

Lokasi:
- 5 minit ke Proton City
- 5 minit ke UPSI
- 5 minit ke pekan Tg. Malim
- 5 minit ke Stesen Komuter Tg. Malim
- 10 minit ke Kampus Politeknik Sultan Azlan Shah
- 10 minit ke INSTUN
- 10 minit ke Exit PLUS HuluBernam dan Behrang
- 20 minit ke Slim River (FELDA Gedangsa, FELDA Behrang, Sungai Klah Hot Spring)
- 20 minit ke Kuala Kubu Bahru (Darul Quran, MRSM Kuala Kubu Bahru - Bukit Fraser)

Sewa: RM150/ semalam .
Bayaran deposit sebanyak RM50 perlu dijelaskan semasa membuat tempahan..
sekiranya tempahan dibatalkan duit deposit tidak dikembalikan.

Keselesaan: 7 orang. Untuk sebarang pertambahan, tilam tambahan disediakan.

HUBUNGI:  SUZITA 012-6918765/ 012-6762603 atau MUS 019-4968568

Sesuai untuk penginapan pelajar dan keluarga, konvokesyen, rombongan perkahwinan.
Untuk MUSLIM sahaja.